BULAN PENGHAYATAN ISLAM
Bulan Penghayatan Islam Peringkat Kolej MARA Kuala Nerang ini telah dirasmikan oleh Tuan ZolHamidy Che An iaitu Timbalan Hal Ehwal Pelajar(HEP). Bulan Penghayatan Islam (BPI) ini akan berlansung selama satu bulan iaitu bermula pada tarikh 17 Januari 2013 dan akan berakhir pada tarikh 15 Februari 2013 ini akan digerakkan oleh badan kolej iaitu Jana Takwa Amal Islami (JTAI).
Tujuan Bulan Penghayatan Islam ini diadakan adalah untuk mengajak para pelajar Kolej MARA Kuala Nerang untuk bersama-sama menghayati cara hidup Islam justeru dapat mewujudkan suasana yang aman dan islamik di dalam kolej.
Pelbagai program dan pertandingan yang menarik telah diatur oleh badan kolej Jana Takwa Amal Islami (JTAI) untuk disertai oleh para pelajar kolej MARA Kuala Nerang. Antaranya ialah:

- PERTANDINGAN IMAM MUDA DAN USTAZAH PILIHAN
- PERTANDINGAN NASYID
- PERTANDINGAN MENULIS KOMIK ISLAMIK
- PERTANDINGAN KUIZ TAYANGAN
- PERTANDINGAN EKSPLORASI JIHAD
- PEMERKASAAN JAWI
- RIADAH MUSLIMAT
dan banyak lagi ...
Diharap semua pelajar Kolej MARA Kuala Nerang dapat mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengambil bahagian di dalam acara yang telah disediakan di samping dapat menghayati suasana islamik sepanjang bulan ini berlansung.